Aduh....sakitnyer...isk..... aduuh....Bang
sakit nye
a'kum..aku teremosional masa baca kisah ni..siap aku
ngangis lg..mmg sedih cite ni.. cuba lah korang
hayati..
Bagi wanita @ isteri2 pasti akan mengalirkan air mata
apabila membacanya.Untuk semua lelaki @
suami2........hargailah hati &
perasaan seorang yang bernama perempuan @ isteri!
Aduh....sakitnyer...isk..... aduuh....Bang sakit nye
tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah
berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya
tunggu. Nih mesti
ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab
lambat keluar
budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir
1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar
juga. Sebak
hati Nisa bila Zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati
Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak
yang
dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian
bergegas
memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor
Peribadi) datang dan
bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran.
Nisa hanya
mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh
panas dipipi
bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri
tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u
can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari
itu
membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja
kepala baby sudah
keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas
menyambut baby yang
keluar itu. iba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa
meneran
untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar
rupanya. "Nisa u
got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata
Doktor Johari
memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari
mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya
mendiamkan diri setelah
menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana
keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa
namakan
Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi
Nisa masih lagi
teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu
kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu
kalau Nisa mengadu
pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya
diam dan
memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery
di Hospital itu
sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa
menyusukan
Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali
detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya,
Zakri selalu
memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa
yang
bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk
akal semuanya
dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua
itu tapi demi
kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian
Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak
percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat
pemeriksaan
Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam
kandungan
Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah
mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong
selama sebulan selepas
berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa
gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg
terjadi. Perasaan hati Nisa
bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi
apa yang Nisa
dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di
otak jemala
Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam
dulu
pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah
Nisa sahaja.
Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak"
Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat
opis kau tu" sergah
Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa
Abg syak yg
bukan- bukan,Nisakan isteri Abang yang sah tak kan
Nisa nak buat jahat
ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.
"ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam
tu. Itu semua
kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil
memeluk
badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa
dengan kasar
sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan
sedih. Zakri
buat tak tahu sahaja.
Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu
menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua
tohmahan dari
Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole
terjadilah Nisa, kawan baik
ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah
emak ngan
menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie,
tau tak. Tu
dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu,
Farid, bukan main
baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah
keturunan kau, darah daging kau pun tak
senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam
engkau ni"kutuk
Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan
tuduh saya yang
bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah
walaupun saya menumpang keluarga ni ,
saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram,
hukum
hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga
kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada
emak kerana jaga
saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri"
kata Nisa pada
Zakri.
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya
walaupun saya tak
pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka
lahirkan saya
kedunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian
itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke
tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa
berehat di
Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah
sebuah Pusat
membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri
shif malam
terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30
malam - 11.30
malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat
waktu
perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan
keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa
terpaksa berbuat
demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh
lagi.
Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan
juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di
tempat kerja
terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa
sehinggalah Nisa hampir pada waktu
bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam-macam kata
kesat
dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah,
berlagak senang lah,
lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah
kerana Zakri
jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa
menunggunya. Nisa
menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap
perangai Nisa macam
firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi
isterilah,
menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada
Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat
emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah,
mereka
berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa
sedaya
upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda
perkahwinannya.
Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih
mampu
bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik
rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke
dinding...Nisa hanya
mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa
nak pergi ke rumah
Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di
Tanjung Karang.
Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.
Hari dah mula petang jadi Nisa
mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam
nanti bahaya ,
"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal
sikit bolehlah tolong
apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas
pertolongan mereka, ingat
tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata
Nisa pada Zakri. Zakri
ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak
ni, lagi pun hari
dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi.
Tiba-tiba Zakri
bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku
penatkan, tak boleh
tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang
ke tak pegi langsung
ker"marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang
masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang
saja"Nisa memberitahu Zakri.
Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan
di hantukkannya kepala
Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH
sanggup Zakri berbuat
demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula
membengkak. Pening kepala Nisa
dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH,
lindungilah aku dan
kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam
hatinya. Nisa memencilkan diri
Nisa disudut dinding dan menangis.
Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam
nak pecah.Kebas
masih lagi dan membengkak...berdenyut2..."Bang, Nisa
minta maaf
jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada
Zakri
ambil teresak- esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.
"Sapa plak nie sebok je...."Rungut Zakri yang tengah
sibuk berborak dengan
kawan-kawan di salah sebuah caf??. "Hoi, Encik Zakri,
bini ko kat wad
tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan,
kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak
cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma
berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader
risau langsung
pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini
aku masuk wad bersalin aku
sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita
masa tu...nyawa mereka
dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang
dari darah
daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan
Zakri.
"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah,
sekarang tengah
berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri
selamba.
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau
jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata
Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello
Zakri speaking" jawab
Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade
masalahlah
Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri,
Nisa tidak sedarkan
diri........."panggilan kecemasan dari Doktor Johari
"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I
datang"...tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya
dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak
Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada
Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami
pendarahan otak yang
serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh
atau...terhantuk kuat cause
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada
tanda lebam.
Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan
serius dan ingin
penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri
teringat yang dia
pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala
Nisa kedinding
sekuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak
pernah pun membawa
Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan
semenjak kejadian
itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri
tidak pernah
mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa
mengada-ngada ..saja buat sakit
untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri
hanya diam...."YA ALLAH apa
aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa
menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu
sakit kepala sewaktu
Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit
yang amat sangat katanya
so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat
kepalanya dan
confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah
ditahap yang
kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa
tidak mahu di operation
sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi
dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau
membaca diarinya.
I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak
dapat
menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan
Zakri sebuah diari yang
berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih
baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran
diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa
dan peristiwa yang
berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya
sepintas dan nyata
keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya
tertera di diarinya.
Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya
perlakuan buruk Zakri
terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini"
terdetik hati Zakri
selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan
terpandang oleh Zakri
mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan
bunga ros merah yang telah
kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang...
"SELAMAT HARI
ULANG
TAHUN
PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni,
Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan
bunga tu
Bang...Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan
Abang. Nisa benar- benar
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang
abang bagi pada
Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu
buktinya betapa sayangnya
Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang
panggil
Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil
Nisa AYANG...terasa
diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun
Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak
berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa
lagi. Kenapa? Bencikah
Abang pada Nisa?
Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga
Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan
hari nie hari
ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa
hadiahkan Abang.......Danial dan
Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak
ada apa yang Nisa inginkan melainkan
kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari
ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan
baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu
apa-apa. Itulah hadiah
paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah
daging Abang.
Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan
mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa
tak ada hubungan dengan
sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan
raga Nisa hanya untuk Abang
seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa
walaupun Nisa in cuma menumpang kasih
disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil
hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan
kembar kita dan Nisa tidak mahu
mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang
kerana menumpang kasih dari keluarga
yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa
bersyukur kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat
Abang akan sentiasa memberitahu
pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa
bersama disamping kembar kita, walau pun
Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja
dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu
Nisa.
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah
darah daging abang...Ampunkan Nisa dan
halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita
bersama.
Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania
berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga
kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat
nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar
kita
sekurang- kurang terubat juga rindu emak sekeluarga
pada Nisa nanti bila memandang kembar kita.
Comel anak kita bang...Dania mengikut raut muka
Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial
akan mengikut iras
raut wajah Nisa...Ibunya...sejuk perut Nisa
mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk
Abang.
Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar
kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat
kau, kau masih ada
Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk
membisu. YA ALLAH,Nisa
maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya
terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh
dikakinya dan Zakri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis
"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA
BUAT NISA DAN SEKELUARGA.
NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS
DIIJABKABULKAN.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI
DIRI
NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan
merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi
satu setiap perlakuannya
terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak
otaknya...setiap
perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...
kenapalah sampai
begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa
maafkan Abang Nisa.
Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat
memilukan. Zakri tidak terdaya
untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas
pemergian Nisa.
Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan
Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah
Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali
terakhir seakan-akan
lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang
minta ampun dan maaf"
bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis
dengan berjuta
penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri
meletakkan kembar
disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan
dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali
terakhir dan terlihat oleh
Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa.
Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan
diberikan
kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan
ramai yang
mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun
kembar tidak tahu
pa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa,
Ibu mereka yang
melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak
mampu berkata
apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama
ini merana atas
perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat
dikebumikan. Satu persatu orang
ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya
tinggallah Zakri
keseorangan di pusara Nisa yang merah
tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata
dengan jutaan penyesalan ..YA ALLAH , kuatkan hambamu
ini YA ALLAH. Hanya KAU
sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan
aku YA ALLAH....akhirnya
Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh
Zakri,Nisa datang mencium
tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut
mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan
terpancar dimuka Nisa Putih
bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa,
Nisaaaaaa. Zakri terjaga
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.
"YA ALLAH
,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari
kita balik, kenapa kau
tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar
Zakri. Dari jauh Zakri
lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka
menangis.
Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan
mengusap-usap ubun-ubun
anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari
menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu
nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah...
emak, abang
dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu
lemah
meninggalkan pusara Nisa...
Wednesday, June 8, 2011
pEngoRbaNan SeorAng wAniTa
Posted by safya saufi at 9:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment